BAB 3: KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN
KUMPULAN 2
NURIZZATI NADIAH BINTI ANUAR
(19DAT17F1021)
NOR MAHFUZAH BINTI MOHAMAD
(19DAT17F1007)
ANIS NABISHA BINTI MOHD JOHARI
(19DAT17F1003)
PROGRAM: DIPLOMA AKAUNTANSI
SESI: JUN 2017
JABATAN: JABATAN PERDAGANGAN
PENSYARAH: USTAZ TAHA
PENGENALAN
Hubungan etnik ialah satu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana keadaan yang aman dan damai mampu mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. Menurut Shamsul Amri (2012), keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial membolehkan negara ini terus membangun dengan pesat. Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50tahun.
Kehidupan manusia itu dapat dilihat dalam pelbagai konteks. Persaingan dan konflik antara etnik, sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di negara-negara yang berlatar belakangkan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, perpaduan menjadi cabaran dalam pembinaan negara bangsa.
3.1 KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA
Etnik utama penduduk Malaysia terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India. Etnik Melayu merupakan penduduk asal dan menjadi kumpulan terbesar di Malaysia. Etnik Cina dan India masing-masing berasal dari negara China dan India. Oleh sebab berlaku migrasi, kedua-dua etnik ini telah berkembang dan menjadi penduduk Tanah Melayu sejak pemerintahan Inggeris.
Etnik Melayu

Kaum yang terbesar di Malaysia ialah orang-orang Melayu. Orang Melayu yang awal tinggal di sepanjang sungai dalam kumpulan yang agak teratur. Sejak lebih kurang 2000 tahun dahulu mereka telah berdagang dengan pedagang-pedagang China dan India. Perdagangan ini mengakibatkan munculnya kerajaan pantai yang berpengaruhkan India seperti Lembah Bujang, Gangga Negara dan Tan-tan (Treng-ganu). Lama-kelamaan kerajaan-kerajaan ini merosot kerana kebangkitan pusat-pusat perdagangan yang lebih kuat seperti Srivijaya dan Majapahit.
Lebih kurang 500 tahun dahulu Melaka telah menjadi pelabuhan yang terpenting di Asia Tenggara. Kerajaan Melaka telah menakluk seluruh Tanah Melayu. Empayar Melaka telah menyatukan Semenanjung Tanah Melayu. Agama Islam telah menjadi panduan bagi orang-orang di Melaka dan menjadi agama bagi orang-orang Melayu. Hampir semua penduduk-penduduk Semenanjung terdiri dari orang-orang Melayu. Selewat tahun 1800, 90 peratus daripada penduduk-penduduk Semenanjung Tanah Melayu adalah terdiri daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun, pada masa itu telah pun berlaku imigrasi penduduk-penduduk dari negara-negara Asia Tenggara yang lain ke Tanah Melayu.
Etnik Cina
Malaysia terletak di laluan perdagangan di antara India dan China. Perhubungan antara orang-orang Melayu, China dan India telah bermula sejak kira-kira 2000 tahun dahulu. Kerajaan-kerajaan Melayu di sepanjang pantai menjalankan kegiatan perdagangan dengan orang-orang China dan India. Hubungan antara orang-orang Melayu dan China menjadi lebih erat pada era Kesultanan Melayu Melaka. Perkembangan ini berlaku dalam kurun yang ke-l5. Terdapat pertemuan di antara pemerintah-pemerintah Melaka dan Maharaja China. Dalam tahun 1411, Parameswara, pemerintah Melaka yang pertama telah melawat Maharaja China. Baginda pergi dengan isterinya, anak dan lebih daripada 500 orang pengikutnya. Kedatangan mereka semua disambut dengan baik. Kedua-dua pemerintah itu bertukar-tukar cenderamata.
Maharaja China sangat tertarik dengan kemajuan dan kebesaran Melaka dan pemerintah-pemerintahnya. Baginda menghantar puterinya yang cantik bernama Hang Li Po, untuk mengahwini Sultan Mansur Shah. Puteri Hang Li Po datang ke Melaka dengan kira-kira 500 orang pengikut. Semua pengikutnya menetap di Melaka di sebuah tempat yang sekarang ini digelar Bukit China. Keturunan mereka digelar Baba dan Nyonya.
Etnik India
Kita telah pun membaca mengenai asal-usul kaum China di Malaysia. Orang-orang India juga adalah kaum yang besar di Malaysia. Pada masa sekarang 10 peratus daripada penduduk-penduduk Malaysia terdiri dari orang-orang India. Kuil, muzik, panggung wayang, pakaian dan makanan India telah menjadi sebahagian dari kehidupan Malaysia. Orang-orang India membuat berbagai jenis kerja. Ada yang menjadi doktor, peguam, jurutera, guru, kerani, buruh dalam perkhidmatan awam dan juga penoreh getah di ladang-ladang getah. Ramai daripada orang-orang India di sini bekerja di ladang-ladang getah.
Ramai orang India yang tinggal di sini pada hari ini adalah dari keturunan orang-orang India yang datang ke Malaysia pada kurun yang ke-20. Perhubungan di antara orang-orang India dan Malaysia telah terjalin sejak beberapa kurun dahulu. Beberapa kumpulan kecil orang-orang India telah tinggal di sini sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Penjajahan telah menempatkan jenis pekerjaan bagi setiap kaum. Hal ini telah menyebabkan permusuhan antara kaum terjadi di Malaysia pada 13 Mei 1969.
Etnik Sabah dan Sarawak
Penduduk di Sabah dan Sarawak juga meriah dengan pelbagai suku kaum
dan sub-suku kaum. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat
tinggal,ekonomi, sosial dan budaya.
Di Sabah, misalnya, terdapat lebih kurang 23 suku kaum, tetapi suku
Kaum Kadazanlah yang terbesar sekali. Ini diikuti oleh suku kaum Bajau,
Murut, Suluk, dan Orang Brunei.
Masyarakt kadazan-Dusun masih berpegang kepada animisme.
Sebahagian kecil telah memeluk agama Islam dan Kristian.
Di Sarawak, setiap suku kaum ada ciri-cirinya yang tersendiri. Antara suku kaum yang terbesar ialah Dayak, Iban, Melanau (Kristian dan Muslim), orang Melayu, Bidayuh, Penan dan Kelabit. Melainkan orang Melayu dan Melanau, dahulunya kebanyakan suku kaum pribumi Sarawak tinggal di kawasan hutan mendiami rumah panjang atau rumah sementara. Kini rumah panjang telah mengalami perubahan fikizal kerana arus pemodenan hidup yang kuat di negeri itu.
Etnik Orang Asli
Orang Asli dikenali sebagai Orang Senoi yang mana kumpulan ini merupakan kumpulan Orang Asli yang terbesar (Ratos, 2006) iaitu 56 peratus dari populasi Orang Asli yang seramai 79,155 orang (JHEOA, 2008). Orang Senoi telah tiba di Semenanjung Malaysia sekitar 6,000 – 8,000 tahun yang lalu. Suku kaum Senoi dikenali sebagai Temiar (utara Perak dan selatan Kelantan), Semai (timur laut Pahang dan selatan Perak), Che Wong (pantai Selangor), Jah Hut, Semoq Beri dan Mah Meri (Amran Kasimin,1994; Tachimoto, 2001). Dua golongan yang terkenal dari kumpulan Senoi ialah Jah Hut dan Mah Meri (Ratos, 2006). Kebanyakan kumpulan Senoi tinggal di negeri Perak, Kelantan dan Pahang (Tachimoto, 2001).
LATAR BELAKANG SEJARAH KEMUNCULAN MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA
Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persingahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Selepas kemerdekaan, negara telah menghadapi pelbagai masalah terutamanya masalah perpaduan dan integrasi antara kaum. Masalah ini wujud berpunca daripada pemisahan tempat tinggal, perbezaan pekerjaan, sistem pendidikan, kepercayaan atau agama, fahaman politik, masalah ekonomi dan sistem pemerintahan penjajah. Bagi menangani masalah ini, kerajaan telah mengambil beberapa langkah proaktif. Antaranya ialah penyeragaman sistem pendidikan, integrasi ekonomi, penyatuan fahaman politik dan aspek-aspek sosial yang lain. Dasar Ekonomi Baru(DEB), Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara dibentuk untuk menyatukan masyarakat di Malaysia.
Punca-punca berlakunya masalah perpaduan dan integrasi antara kaum
Masalah ini berpunca daripada beberapa aspek. Antaranya ialah pemisahan tempat tinggal. Pemisahan tempat tinggal akan menyebabkan etnik tidak saling memahami antara satu sama lain dan tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat. Masalah ini wujud kesan daripada dasar pemerintahan penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. British telah menetapkan tempat penempatan nagi setiap kaum yang menjadi tumpuan ekonomi masing-masing. Sebagai contoh, kaum Cina ditempatkan di kawasan perlombongan, manakala bagi kaum India pula, mereka ditempatkan di kawasan ladang-ladang getah. Di Sabah dan Sarawak pula, mereka pula terpisah kerana wujudnya perkampungan yang terdiri daripada rumah panjang kaum Iban dan kampung kaum kadazan. Ikatan hubungan juga sangat jauh dan berbeza dari segi agama, pendidikan, akhbar, persatuan dan pengaruh politik.
Selain itu,perbezaan pekerjaan juga menjadi punca perpaduan kaum. Aktiviti ekonomi yang berbeza tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul. Ketika pemerintahan British, orang melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang cina bergiat aktif dalam sektor perlombongan sementara orang india pula dikekalkan di estet-estet.
Seterusnya,punca berlakunya masalah perpaduan ialah pengasingan sistem pendidikan.Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum yang berdasarkan tempat tinggal masing-masing.Bagi kaum melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan yang dibenarkan iaitu sekolah vernakular Melayu ataupun sekolah beraliran Inggeris. Bagaimanapun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan. Silibus pembelajaran di sekolah Melayu hanya pendidikan asas(kemahiran hidup) kerana mereka tidak digalakkan untuk terlampau pandai dan menguasi bidang akademik.
Bagi masyarakat India pula, sekolah-sekolah dibuka di estet-estet. Walaupun guru mereka dibawa khas dari India, namun mutu pengajaran mereka sangat rendah. Justeru, pelajar lepasan sekolah India tidak mungkin akan mendapat peluang pekerjaan yang baik dan terpaksa bekerja di estet-estet. Bagi kaum Cina pula, mereka mempunyai sistem pendidikan mereka yang tersendiri. Mereka sangat terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak. Guru-guru dan buku dibawa masok dari negara China. Pelajar Cina lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan Tanah Melayu. Di Sabah dan Sarawak pula, pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk. Di Sarawak, keluarga Brooke merasakan pendidikan kepada anak-anak orang Dayak tidak penting kerana akan merosakkan kebijaksanaan semulajadi mereka.
Masalah ekonomi juga menjadi punca masalah perpaduan. Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain. Sebagai contoh, orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina ,sementara orang Cina dan India pula mencemburui kelebihan orang Melayu mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor-sektor pentadbiran awam.
Akhir sekali,masalah perpaduan juga berpunca daripada perbezaan kepercayaan atau agama. Setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragamakan Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha. Selain masyarakat di Semenanjung,ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian.Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya tiada sifat tolak ansur bagi setiap kaum dengan fahaman agama kaum lain.
Perpaduan adalah matlamat utama sesebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Hal ini kerana, apabila tiada perpaduan kaum ataupun tahap perpaduan yang sangat rendah, akan berlaku kekecohan atau pertelingkahan antara kaum seperti tragedi rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Hasil kajian yang dijalankan, masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa aspek yang meliputi ekonomi, politik dan sosial. Namun, apakah punca yang mewujudkan masalah ini?
Selain itu,perbezaan pekerjaan juga menjadi punca perpaduan kaum. Aktiviti ekonomi yang berbeza tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul. Ketika pemerintahan British, orang melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang cina bergiat aktif dalam sektor perlombongan sementara orang india pula dikekalkan di estet-estet.
Seterusnya,punca berlakunya masalah perpaduan ialah pengasingan sistem pendidikan.Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum yang berdasarkan tempat tinggal masing-masing.Bagi kaum melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan yang dibenarkan iaitu sekolah vernakular Melayu ataupun sekolah beraliran Inggeris. Bagaimanapun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan. Silibus pembelajaran di sekolah Melayu hanya pendidikan asas(kemahiran hidup) kerana mereka tidak digalakkan untuk terlampau pandai dan menguasi bidang akademik.
Bagi masyarakat India pula, sekolah-sekolah dibuka di estet-estet. Walaupun guru mereka dibawa khas dari India, namun mutu pengajaran mereka sangat rendah. Justeru, pelajar lepasan sekolah India tidak mungkin akan mendapat peluang pekerjaan yang baik dan terpaksa bekerja di estet-estet. Bagi kaum Cina pula, mereka mempunyai sistem pendidikan mereka yang tersendiri. Mereka sangat terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak. Guru-guru dan buku dibawa masok dari negara China. Pelajar Cina lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan Tanah Melayu. Di Sabah dan Sarawak pula, pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk. Di Sarawak, keluarga Brooke merasakan pendidikan kepada anak-anak orang Dayak tidak penting kerana akan merosakkan kebijaksanaan semulajadi mereka.
Masalah ekonomi juga menjadi punca masalah perpaduan. Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain. Sebagai contoh, orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina ,sementara orang Cina dan India pula mencemburui kelebihan orang Melayu mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor-sektor pentadbiran awam.
Akhir sekali,masalah perpaduan juga berpunca daripada perbezaan kepercayaan atau agama. Setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragamakan Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha. Selain masyarakat di Semenanjung,ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian.Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya tiada sifat tolak ansur bagi setiap kaum dengan fahaman agama kaum lain.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI MASALAH PERPADUAN
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi menangani masalah perpaduan yang wujud. Antara langkah yang diambil ialah penyeragaman sistem pendidikan. Tujuan utamanya ialah bagi memupuk dan menyemai semangat perpaduan dikalangan pelajar dengan menyeragamkan pendidikan dan kurikulum. Selain itu, kerajaan turut melancar Dasar Ekonomi Baru untuk mengurangkan jurang kemiskinan dan seimbang dibandar dan luar bandar. Penyatuan fahaman politik turut dilaksanakan bagi mewujudkan semangat satu negara dan persefahaman dalam satu politik yang sama bertujuan untuk mengekalkan perpaduan. Aspek-aspek sosial lain turut dijadikan sebagai satu langkah untuk mengekalkan perpaduan.
Faktor yang mempengaruhi Perpaduan dan Integrasi Nasional
Sejajar dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani konflik kaum,startegi jangka panjang dalam pemupukan perpaduan kaum mula dirangka.
Antara langkah-langkah tersebut ialah penyatuan fahaman politik.Sistem kerajaan campuran(campuran dari segi pelbagai kaum) ini merupakan salah satu cara bagi menggabungkan fahaman politik antara kaum. Contohnya, Kemenangan Parti Perikatan pada tahun 1995 telah membuktikan penggabungan etnik dalam satu badan politik adalah salah satu cara untuk sokongan.
Selain itu,pertumbuhan ekonomi yang baik juga dapat mengurangkan perbezaan dan tuntutan ekonomi antara semua kaum. Usaha ini dapat dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dan lain lain.
Penyeragaman Sistem Pendidikan juga faktor yang mempengaruhi perpaduan dan integrasi nasional.Semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn Wu, Undang -undang Pelajaran 1992, Penyata Rahman Talib dan lain-lain berperanan memupuk perpaduan.Dasar-dasar tersebut amat penting bagi memastikan sistem pendidikan yang lebih seragam dan menyeluruh.
Akhir sekali memberi galakan kepada penduduk berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain. Terdapat langkah untuk membolehkan rakyat berpindah dari petempatan masing masing antaranya penyatuan perkhidmatan awam, mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik dan dalam bidang keselamatan.Melalui cara ini penduduk berbilang kaum di satu-satu kawasan boleh menggalakkan pergaulan.

TAHAP INTEGRASI
Akomodasi pula ialah proses di mana setiap kaum atau etnik mula menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi masih mempertahankan budaya dan nilai hidup masing-masing. Masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup mereka mengikut formula A+B+C=A+B+C.
Akulturasi ialah suatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain. Proses ini tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kaum atau etnik yang menerimanya. Hal ini dapat dilihat dari segi pemakanan, pakaian dan sebagainya. Sebagai contoh, pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari perayaan telah diamalkan orang Cina iaitu budaya memberi ang pau. Begitu juga dengan budaya pemakaian tali leher dalam kalangan semua bangsa di Malaysia yang mengikut budaya orang Barat. Formula bagi konsep ini ialah Abc+Bac+Cab.
Proses asimilasi pula ialah proses percantuman dan penyatuan etnik membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama. Proses ini bermakna kumpulan atau budaya sesuatu kumpulan etnik minoriti di sesuatu kawasan akan menerima budaya etnik yang dominan. Proses akan berlaku apabila etnik mempunyai budaya yang berbeza di sesuatu kawasan, etnik-etnik sentiasa berinteraksi yang berlaku dalam tempoh yang panjang. Sebagai contoh yang sangat dapat dilihat ialah masyarakat Melayu di Thailand, masyarakat Cina kampung di Kelantan dan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Asimilasi paling berjaya berlaku di negara Indonesia di mana masyarakatnya mempunyai nama yang sama walaupun berlainan etnik.
Tahap yang terakhir ialah proses amalgamasi iaitu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya atau ras yang baru. Proses turut melibatkan biologikal iaitu perkahwinan campur antara etnik atau kaum. Sebagai contoh, perkahwinan campur yang berlaku di Malaysia ialah Melayu dan India, Melayu dan Cina dan sebagainya. Wajah Pan Asian merupakan ras yang popular di rantau Asia dan Malaysia. Melalui proses ini, akan terbentuk satu budaya baru.

Terdapat beberapa contoh iaitu:

Rukun Negara Sebagai Ideologi
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Malaysia mempunyai cita - cita hendak:
- Mencapai perpaduan di kalangan masyarakat
- Memelihra cara hidup demokratik
- Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
- Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi - tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak
- Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Terdapat lima prinsip Rukun Negara iaitu:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Bangsa dan Negara telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul menjadikan bangsa dan negara sebagai suatu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan tenteram di mana - mana bahagian dalam Persekutuan dan tindakan membezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing - masing, prinsip ini telah dipilih sebagai Rukun Negara.
Setiap kaum mempunyai kepercayaan sendiri dan Tuhan sendiri. Terdapat beberapa contoh dalam berbilang kaum iaitu:-
gambar diatas menunjukkan Kaum Melayu, berpegang kepada Agama Islam dan percaya kepada kewujudan ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad s.a.w.
Gambar diatas menunjukkan Kaum India, mereka berpegang Agama Hindu dan percaya dengan kewujudan Tuhan Vinayagar, Tuhan Sivan, Tuhan Krishna, dan banyak lagi Tuhan yang mereka percayai.
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Padukan Baginda Yang di - Pertuan Agong sebagai Ketua Negera. Selaras dengan kedudukan Yang di - Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di - Pertua Negeri bagi negeri - negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja - Raja dan Yang Di - Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di - Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat di kehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di - Pertuan Agong.
Contohnya:
- Rakyat Malaysia berdiri tegak dan menyayikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.
- Encik Rashim sentiasa mengambil berat tentang pentadbiran dan pembangunan negara.
- Hock Seng mengelakkan dirinya daripada kegiatan dadah yang dapat mencemarkan nama baik negara.
- Rasmawi menghormati dan menyanjung tinggi golongan pemerintah dan pemimpin negara.
- Penduduk - penduduk kampung menyambut ketibaan pemimpin dengan meriah.

Keluhuran Perlembagaan
Gambar dibawah menunjukkan maksud Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara ialah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat malaysia hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian, ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana - mana individu atau mana- mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat malaysia. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.
Contohnya:
- Setiap rakyat yang setia perlu memahami dan menghormati isi kandungan, semangat serta latar belakang sejarah Perlembagaan Malaysia.
- Latar belakang sejarah sangat penting kerana ia memberikan segala penghuraian dan perincian mengenai aspek - aspek yang berkaitan kedudukan raja - raja melayu, kedudukan Islam, kedudukan istimewa orang - orang melayu dan sebagainya.
- Kita juga boleh meninggikan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat.
Kedaulatan Undang - Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang - undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang - undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang - undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatan perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang - undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu, undang - undang negara menjamin institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang - undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang - undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergrak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggarkan undang - undang serta perkara - perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak - hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara - cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Terdapat beberapa contoh iaitu:
- Sistem pemerintahan dan keadilan negara adalah berteraskan kepada undang - undang yang dibuat oleh kerajaan.
- Tiap - tiap rakyat negara ini tanpa mengira keturunan, agama dan kepercayaan.
- Hak kebebasan individu dijamin oleh undang - undang.
Kesopanan Dan Kesusilaan
Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat seseorang yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan satu sama lain dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisipln serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua - dua kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perlaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai - nilai murni.
Contoh kesopanan dan kesusilaan, ialah:
Tidak ramai yang mahu memperkatakannya secara terbuka. Kalau ada hanya bisik-bisik sahaja. Masih lagi dianggap taboo di Negara yang sebegitu majmuk ini. Yang masih terasa perit bisanya hanya orang-orang tua sahaja. Golongan muda , yang membaca tahulah tapi yang terkinja-kinja berotak tiada ramai belaka. Baca dengan tenang dan ambil pengajaran. Tak guna terpekik terlolong kisah-kisah dahulu jika pengajarannya tak diambil.
Peristiwa ini merupakan satu rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Contoh kesopanan dan kesusilaan, ialah:
- Setiap orang dalam masyarakat dikehendaki bertindak dan berkelakuan secara sopan dan susila.
- Kita harus mempunyai moral yang tinggi, menghormati orang lain dan menghidarkan diri daripada membangkitkan persoalan - persoalan yang sensitif.
PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969
APA ITU PERISTIWA 13 MEI ???
Tidak ramai yang mahu memperkatakannya secara terbuka. Kalau ada hanya bisik-bisik sahaja. Masih lagi dianggap taboo di Negara yang sebegitu majmuk ini. Yang masih terasa perit bisanya hanya orang-orang tua sahaja. Golongan muda , yang membaca tahulah tapi yang terkinja-kinja berotak tiada ramai belaka. Baca dengan tenang dan ambil pengajaran. Tak guna terpekik terlolong kisah-kisah dahulu jika pengajarannya tak diambil.
Peristiwa ini merupakan satu rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
LATAR BELAKANG PERISTIWA 13 MEI
1. Isu perkauman dalam pilihan raya 1969.
- Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
2. KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGAN
- Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
- Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cinatelah menang besar di kawasan Batu , Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman.
3. PERARAKAN KEMATIAN CINA
- Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu
4. RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR
- UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak.
5. REGIMEN RENJER
- Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang.
6. ASKAR MELAYU
- Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana.
7. PANGGUNG ODEON
- Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina.
No comments:
Post a Comment